konten media sosial

Konten media sosial adalah satu bentuk isi kandungan yang disediakan oleh content writer. Konten mungkin berbentuk penulisan dan video. Ianya boleh disiarkan di mana-mana platform media sosial seperti di Facebook, Instagram, Youtube, TikTok, website dan blog. Dalam artikel ini, saya mahu ceritakan lagi pengalaman menjadi penyedia isi kandungan media sosial di Facebook.


Baru-baru ini, ada klien yang mengupah saya untuk menulis kapsyen ( caption ) bagi page bisnes mereka. Tugasan begini, bukan dibayar secara bulanan oleh klien. Tetapi bayaran mengikut projek klien ( base on project ).  Klien mahukan saya menulis kapsyen, bukan itu sahaja. Malahan meminta saya membuat poster yang perlu masukkan logo bisnes beliau dan font tulisan mengikut warna branding.

contoh klien yang menggunakan servis menulis kapsyen dan poster

Pernah bekerjasama dengan klien syarikat ‘advertising’

Bermula penghujung tahun 2021, saya bekerjasama dengan syarikat advertising yang berada di lokasi Johor Bahru. Saya menjadi penulis upahan iaitu menyediakan content media sosial. 

Apa yang menyeronokkan saya, apabila bekerjasama begini. Saya diminta oleh klien menyediakan pelbagai jenis content buat klien mereka. Klien yang terdiri dari pelbagai jenis bisnes. 

Meliputi bisnes yang mempunyai kedai fizikal. Iaitu bisnes yang tawarkan servis seperti kedai makan, restoran, kedai dobi pakaian, pasaraya, bengkel kereta, kilang dan perindustrian. 

 

Sebelum saya diterima sebagai penulis konten

Biasalah sebelum prospek mahu menggunakan servis penulisan ini ada syarat mereka tersendiri. Terutamanya perlu tunjukkan CV, Resume atau Portfolio yang mengatakan bahawa saya ini memang seorang penulis upahan yang boleh dipercayai. 

Bukan itu sahaja, ada maklumat tambahan lain juga mereka mahu tengok sebagai bukti. Iaitu contoh penulisan daripada klien yang terdahulu. 

Bahagian ini, saya tidak boleh tunjukkan sepenuhnya kepada prospek. Ianya adalah privasi lalu klien saya. Jadi, hanya sebahagian isi kandungan sahaja yang saya tunjukkan sebagai bukti.

Titik tolak bermula sebagai penyedia konten media sosial

Dari cerita diatas saya mengambil upah untuk menulis content media sosial klien. Servis macam ni, saya tak perlu jaga page klien.

 Tetapi hanya bekalkan content media sosial kepada klien, yang membezanya ialah klien sendiri akan siarkan content tersebut di page bisnes mereka. 

Ini adalah kerana, klien sendiri sudah ada penulisnya atau memang tidak mempunyai bajet bulanan sediakan penulis secara tetap di page mereka.  Jadi, penyedia konten media sosial lah yang sesuai untuk menyediakan content klien. 

Jenis Konten media sosial yang disediakan :

Konten media sosial SEO

Yang saya sediakan adalah dalam format SEO, iaitu Search Engine Optimzation, yang mana saya perlu lakukan kajian keatas kata kunci mengenai sesuatu tajuk isi kandungan yang mahu ditulis. 

Kapsyen media sosial beserta gambar poster

Ada klien meminta saya menulis di page mereka. Tetapi tugasan ini bukan dibayar secara bulanan. 

Bayaran yang diterima adalah ‘Base on Project’ klien. Iaitu mengikut projek semasa yang klien terima.

Sebagai contoh, saya dibayar oleh klien yang mahukan saya menulis kapsyen berbentuk status testimoni pelanggan. 

Klien meminta saya menulis kapsyen beserta gambar poster.


Selain itu, beliau juga meminta saya menulis 5 artikel di website mengikut strategi bisnesnya.
Pakej bajet begini termasuklah 5 kapsyen di page Facebook klien dan 5 artikel SEO bagi siaran di website.


Kesimpulannya:

Klien saya terdiri daripada pelbagai jenis bisnes. Antara yang menjadi masalah bagi mereka, adalah ketiadaan masa untuk menulis kapsyen di page mereka.


Selain dari itu, ada juga klien yang takut untuk menulis. Bukan takut apa, risau apa yang ditulis berlainan dari kefahaman ayat yang mahu disampaikan kepada audiens. Tambahan lagi, tugasan klien hanya mencari jualan bagi bisnesnya. Kapsyen ialah ayat yang ditulis dibawah poster untuk menceritakan perkara atau aktiviti di dalam gambar tersebut.

Tiada sebarang update di page facebook? dengan kerja-kerja/ aktiviti bisnes terkini. Mari saya bantu kalian. Tak perlu bayar bulanan, tetapi bayaran mengikut projek semasa sahaja.

Terus whatsapp saya ke sini > wasap.my/60189107161/nakkonten

 337 total views,  1 views today

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization.Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan.N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *