Selalu berpesan pada klien, sebelum nak gunakan servis tulis artikel SEO dari saya. Kena tahu serba sedikit mengenai SEO iaitu Search Engine Optimization. Ramai yang salah anggap bahawa, tulis artikel di website hari ni dah boleh ranking di carian pertama Google. Kalian silap besar ya. Bukan! macam tu, orang gunakan Google Ads, tapi untuk perkara itu saya memang tak buat.
Table of Contents
Kaedah jadikan artikel berada pada halaman pertama Google
Yang sebenarnya, untuk ranking di Google pada halaman pertama ialah dengan menulis artikel SEO secara konsisten. Mungkin kalian fikir mudah nak ranking. Salah juga. Sebab ada beberapa faktor untuk ranking artikel SEO di Google.
Baca artikel : Cara ranking artikel
Saya nak munculkan artikel dari website ke Google
Nak munculkan artikel dari website ke Google ada 2 cara. Iaitu :
✅Penulisan artikel SEO ambil masa untuk naik.
✅Google Ads, tekan je terus dapat pembeli. ( ni saya tak buat)
Penulisan artikel SEO walaupun ianya lambat untuk naik di carian Google, tapi content jenis artikel tu dapat datang kan jualan pada satu masa akan datang.
Teringat pada seorang klien saya ni, dengan artikel SEO beliau dapat close klien dengan jualan yang berjumlah 5 angka.
P/s: Konsisten tulis artikel di website, mampu tarik pelanggan
Apa risiko jika tersalah pilih penulis untuk strategi artikel di website?
Pilih penulis yang salah untuk strategi SEO boleh jadi satu kesilapan besar. Jangan main-main, sebab kesannya boleh merugikan dari segi trafik, kredibiliti, dan potensi jualan! Ini antara risiko utama yang klien kena hadap kalau tersilap pilih:
- Artikel tak mesra pembaca : Kalau penulis cuma fikir nak penuhkan kata kunci tanpa ambil kira pengalaman pengguna, artikel seakan robot yang tulis. Silap hari, website klien boleh hilang dari GOOGLE . Selain itu, artikel ditulis membosankan, kurang engagement!
- Tak kena dengan search intent : SEO bukan sekadar ranking, tapi juga tentang pemahaman niat pembaca. Kalau penulis tak faham apa yang orang cari, artikel boleh jadi kurang relevan dan gagal tarik perhatian.
- Kata kunci tak strategik : Main letak keyword tanpa analisis boleh buat artikel gagal muncul di carian penting. Paling teruk, tarik trafik yang tak berkualiti langsung!
- Buat ranking laman web jatuh : SEO lebih daripada sekadar kata kunci. Struktur artikel, internal linking dan user engagement semua kena seimbang. Kalau penulis abaikan faktor ini, jangan terkejut kalau ranking makin merudum.
- Tak selari dengan branding dan audience : SEO bukan tentang algoritm semata-mata, tapi juga tentang connection dengan pembaca. Kalau artikel tak kena dengan suara jenama dan minat audiens, susah nak bina kepercayaan dan kesetiaan pelanggan.
Nak elak semua ni? boleh cari saya sebagai penulis upahan yang bukan saja faham tentang teknikal SEO, tapi juga tahu cara menulis dengan ayat yang mudah difahami. Yang boleh buat artikel bukan sekadar naik di Google, tapi juga ada impak kepada pembaca!

Media sosial saya
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Thread : Azlina Ghostwriter
Artikel lain : Keperluan Artikel SEO dalam bisnes : 7 sebab mengapa ia penting