Mungkin ada segelintir anda yang mempunyai masalah page tidak dijumpai oleh ramai orang, walaupun carian hanya dilakukan di page facebook. Page anda sukar ditemui oleh audiens. Mengapakah ianya terjadi? mungkinkah anda terlupa mahu gunakan teknik SEO ( Search Engine Optimization ) di page facebook? sebelum anda fikirkan bisnes anda disantau atau dikhianati oleh pesaing. Teruskan bacaan artikel ini sehingga ke penghujungnya.


4 sebab bila pages Facebook anda , tak wujud dalam carian ;
1. Nama page penting dalam teknik SEO di Facebook
Nama page tiada keyword bisnes kalian. Sebagai contoh : Servis gubahan bunga
Yang tepat adalah : Nooorus gubahan bunga Kuantan
Kenapa perlu masukkan lokasi anda?
Kerana prospek akan mencari servis gubahan mengikut lokasi mereka. Jadi, jika anda masukkan lokasi dalam nama di page facebook, mudahlah bisnes anda ditemui ramai. Khas untuk penduduk Kuantan dan sekitarnya.
2. Description page
Letakkan keterangan mengenai bisnes kalian. Teknik SEO di Page juga menekankan keterangan bisnes anda. Apakah bisnes yang anda tawarkan?
gubahan bunga perkahwinan, gubahan bunga majlis nikah, gubahan bunga untuk anniversary, gubahan bunga untuk majlis pertunangan.
3. Hashtag [ tanda pagar # ]
Penggunaan hashtag sangat penting untuk memastikan audiens menjumpai bisnes kalian. Maksima gunakan hanya 5 hashtag sahaja.
Dan, penggunaan hashtag pun pastikan kalian gunakan hashtag yang biasa orang guna dan cari.
Sebagai contoh : #servisdeliverygubahbunga #surprisedelivery
4. Keyword sangat penting dalam teknik SEO di Facebook
Setiap posting ;
Masukkan keyword dalam alt-text. Tujuannya, bukan sahaja produk atau bisnes anda ditemui audiens melalui carian Facebook. Tetapi, posting kalian boleh ditemui dalam carian Google juga. Wah, menariknya..
5. Konten menggunakan teknik SEO
Jika kalian faham menggunakan kata kunci [ keyword ] pada setiap konten, tahniah! maka, besarlah harapan setiap posting bakal ditemui oleh audiens.
Sebagai contoh :
Kalian mahu ceritakan mengenai ‘jerawat pasir di dahi’. Kupaslah tajuk ini sehingga memberi solusi kepada audiens. Anda boleh ceritakan bagaimana jerawat di hidung terjadi, cara elakkan jerawat pasir di dahi, rawatan yang sesuai dan sebagainya.
Akhir kata, menulis lah setiap posting anda dengan teknik SEO di page facebook menggunakan KEYWORD [ kata kunci ]. Ia sangat berguna bagi bisnes kalian. Seterusnya, jualan mudah berlaku jika anda betul-betul hasilkan konten berkualiti.
Ikuti azlina ghostwriter di page : Nor Azlina Ghostwriter
Personal Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
1,686 total views, 1 views today