bagaimana dapatkan testimoni pelanggan
bagaimana dapatkan testimoni pelanggan
Testimoni client tanpa perlu paksa

Kawan tanya, bagaimana  cara nak dapatkan testimoni pelanggan yang menggunakan servis atau produk kita?  situasi di mana anda tiada testimoni. Walaupun dah terjual beribu balang biskut, ramai orang dah guna servis tetapi testimoni pelanggan tiada. Jom kita semak apa teknik yang mampu membelai jiwa client.

 

Jawapan :

Masya Allah tabarakallah. Kak Ina selaku ghostwriter yang mengambil  upah servis menulis ini memang tidak pernah paksa client untuk memberi respon atau testimoni selepas menggunakan servis menulis ghostwriter.

 

Apa yang Kak Ina lakukan, bagi mendapatkan testimoni pelanggan :

 

1. Menjaga hubungan baik dengan setiap client.

Sentiasa bertanya khabar melalui medium WhatsApp atau messenger. Tetapi jangan lah setiap kali bertanya khabar tu sentiasa nak promote barang. Orang tak suka tau. Boleh rimas client tu, silap hari kena block terus. Dari nak dapatkan testimoni pelanggan, dah menjadi sukar.

 

2. Support bisnes mereka

Jika client update status, like status tersebut dan komen. Dan jika perlu ‘Share’. Ini supaya client akan sentiasa nampak dan ingat kita.

 

3. Mendoakan

Sentiasa mendoakan kejayaan client. Doa yang baik-baik dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ini bukan bodek, sebaliknya ia adalah satu amalan baik antara saudara sesama islam.

 

4. Mesra

Jadilah individu yang mudah mesra. Client selesa untuk berbincang. Maksudnya jangan jadi individu yang asyik nak menjual sahaja. Jadilah seller atau individu yang mudah didekati. Andai kata client perlukan cadangan, sila kemukakan. Jangan sombong dan kedekut ilmu.

 

11 Tip berkesan buat orang bisnes: walaupun nampak cliche, namun impaknya tinggi!

 

 

5. Emosi

 

Jika client atau pelanggan anda berduka lara di status platform social media. Berikan mereka kata-kata semangat. Jika berita gembira, ucapkanlah tahniah buatnya. Mudah bukan?
Ini antara yang kak Ina amalkan. Kak Ina pun pernah jadi pelanggan dan individu yang menawarkan servis.

 

Tetapi mengikut kaedah marketing pula, di wajibkan lakukan sesi follow up. Namun, lakukan sesi tersebut mengikut keselesaan anda juga. Jangan terlalu ‘try hard’ untuk mendapatkan testimoni daripada client. Faham? bila try hard, client rasa menyampah dengan anda.

 

Apapun, sila jaga 5  teknik yang mampu membelai jiwa client. Jika kita mulakan dahulu, dengan mudah orang lain juga akan memberi kepada kita. Dan bila client selesa dengan kita, tak mustahil testimoni mudah di berikan oleh client dan kemungkinan besar akan repeat menggunakan servis dan rekomen kan produk kita pada kawan-kawan pula.

 

 

By azlina

Penulis Upahan atau lebih di kenali sebagai Ghost Writer. Individu yang menulis bagi pihak anda. Email : norazlina181@gmail.com

One thought on “Teknik Belai Jiwa Pelanggan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *