Rahsia buat video di Tiktok, muncul di halaman pertama page. Saya rasa, mungkin ada segelintir pengguna tidak tahu dengan teknik yang bakal saya dedahkan dalam artikel ini. Bila kalian dah tahu, mesti akan berterima kasih kepada saya kan? ok, jom belajar sekarang. Dah tidak sabar lagi ni nak dedahkan ilmu baharu.
Sebelum itu, jika kalian mati idea mahu buat content video di TikTok. Saya sarankan, baca dulu teknik hasilkan video supaya tidak mati idea untuk berkarya
Buat video di Tiktok supaya muncul di halaman pertama
Hashtag
Gunakan tanda pagar ( # ) bagi setiap konten video kalian. Sebagai contoh, kalian buat video mengenai cara siang ikan. Jadi, tulis begini #carasiangikan di dalam video .
Video
Pastikan dalam video kalian, masukkan tulisan cara siang ikan. Ini contoh sahaja. Supaya kalian nampak proses.
Caption
Selain di dalam video, kalian boleh masukkan caption dengan menggunakan hashtag. Sebagai contoh #carasiangikan . Peletakan ini, yang bantu munculkan video kalian mudah ditemui serta berada di page pertama.
Headline Video
Jika kalian perasan, sebelum kita post video akan keluar satu Cover photo. Disinilah boleh masukan juga dengan jadikan ayat cara siang ikan sebagai tajuk.
Kesimpulannya, jika kalian ikuti teknik yang saya ajarkan pastinya video kalian berada di halaman pertama di kotak search Tiktok. Seronok kan? cara begini juga, mampu mempercepatkan views video meningkat. Buat lah konten yang mudah orang cari. Walaupun nampak sahaja konten tu macam bodoh, macam semua orang tahu. Namun, hakikatnya video Tiktok begini paling disukai oleh penonton dan pengguna di Tiktok.
Facebook page : Nor Azlina Ghostwriter
Personal : Nor Azlina Mohd Ali