jadi content creator

Macam mana nak jadi content creator? sebelum itu, saya terangkan terlebih dahulu dengan maksud sebenar Content Creator. Individu yang membuat isi kandungan dalam bentuk video. Biasanya mereka membuat isi kandungan berinformasi untuk disajikan kepada followers mereka. Content creator boleh hasilkan video mereka di mana-mana platform seperti Facebook, TikTok, Instagram, dan Youtube.

Apa perkara utama untuk jadi Content Creator

Pastinya ada yang tertanya-tanya perkara utama nak jadi content creator ni macam mana? nak kena popular dulu ke? nak buat video prank ke supaya viral dan sebagainya. Bukan! semuanya salah sama sekali.

Niche

Sebelum hasilkan isi kandungan berbentuk video, kalian boleh tentukan niche. Niche dalam bahasa yang mudah difahami adalah bidang. Apa yang kita suka dan mahir. Jadi, ini lah isi kandungan ( content ) yang kalian akan bercakap nanti di dalam video tersebut. Okay, sekarang kalian sudah tahu niche. Kita point seterusnya.

Ilmu

Nak hasilkan content supaya menjadi baik. Kalian perlu ada ilmu. Jadi, kalian boleh buat research sesuatu tajuk sebelum bercakap. Atau selain itu, kalian boleh menggabungkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Hasilnya, mesti bagus kan? dipercayai ramai.

Buat research

Research adalah satu cara bagi mendapatkan segala maklumat. Berkemungkinan boleh didapati melalui carian di Google dan pembacaan buku. Satu cara lain lagi, kalian boleh bertanyakan melalui sesi soal jawab di media sosial.

Dengan cara ini juga, kalian dapat hasilkan content video. Mungkin dari pengalaman rakan-rakan dan followers. Tidak lupa juga, dari keluarga dan orang tersayang bagi mendapatkan maklumat.

Editing

Untuk tangkap penonton supaya melihat content. Kalian perlu belajar kemahiran editing. Iaitu edit video kalian supaya nampak lebih menarik. Walau bagaimana pun, kemahiran ini mesti perlu dipelajari jika kalian serius mahu jadi Content Creator.

Konsisten

Nak jadi Content Creator kalian perlu konsisten hasilkan content.

Macam mana nak hasilkan Content supaya lebih kreatif dan menarik di TikTok

Peka

Apabila bercakap mengenai peka dengan isu semasa. Bukan beerti kalian perlu hasilkan content yang mengundang kecaman. Sebaliknya, kaitkan dengan isu semasa dengan niche kalian.

Sebagai contoh, saya selaku ghostwriter akan membuat drama selama 30 hari rutin menguruskan kerja menulis dalam bulan Ramadan.

Question and Answer

Setakat ini, jenis Question and Answer adalah content yang berpengaruh cepat engage dengan pengikut. Jika ada soalan daripada pengikut kalian, terus je jawab dalam bentuk video.

Soalan boleh di ambil di mana-mana platform media sosial termasuklah melalui whatsapp. Asalkan ianya persoalan daripada pengikut atau prospek kalian , jadi kalian mestilah menjawab soalan tersebut dengan baik.

3 jenis Content di TikTok

Drama

Pastikan kalian merangka jalan cerita terlebih dahulu sebelum hasilkan video. Mempunyai pengenalan, watak, plot dan penyelesaian. Sebagai contoh, kalian berlakon mengikut skrip yang ditulis sendiri.

Education

Content jenis education. Selain ajar menjahit, membaiki motorsikal, baik pulih kenderaan ringan mahupun berat, serta memasak. Ia termasuklah kalian memberi ilmu dalam bidang jualan seperti strategi mahu dapatkan jualan dan sebagainya. Seperti saya sendiri, saya fokus kepada education.

Gaya Hidup

Kalian boleh bina content mengenai gaya hidup sebagai suri rumah, suami, isteri bekerjaya, pelajar, penganggur dan sebagainya. Kecilkan fokus, hanya sasarkan kepada satu sasaran sahaja. Kerana mudah kalian menjual kelak.

Jadi content creator, perlu lebih kreatif

Saya percaya, sudah tentunya ramai pengguna TikTok akan ketandusan idea untuk membuat content jenis video. Tetapi, percaya atau pun tidak. Kalian semuanya adalah kreatif sebagai content creator. Mungkin sebahagian idea ini dapat membuka minda kalian untuk menghasilkan idea berlainan.

Suri rumah ( niche kewanitaan )

Yang mana isteri tidak bekerja di pejabat. Tetapi aktif dengan kerja-kerja sebagai suri rumah, kalian boleh menghasilkan content dengan lebih banyak. Sebagai contoh, apa sahaja aktiviti yang kalian lakukan di rumah. Maka itu lah dipanggil content. Seperti melipat kain. Mungkin kalian boleh berikan teknik melipat kain dengan pantas, tetapi kemas dalam masa 30 minit sebanyak 3 bakul kain.

Isteri bekerjaya ( niche kewanitaan )

Kalian boleh berlakon dengan situasi di pejabat. Content jenis begini turut mendapat persamaan dengan pengguna di Tiktok. Jadi, tidak mustahil content begini mudah mendapat perhatian ramai. Sebagai contoh, sewaktu perjalanan ke pejabat. Apa insiden lucu atau sedih kalian? Kalian boleh lakonkan semula watak tersebut di Tiktok.

Pelajar Universiti

Kehidupan di kolej atau universiti, saya percaya lebih banyak drama. Jadi, kalian selaku pelajar buat lah video. Video begini pun boleh meningkatkan engagement, kerana ia menggamit memori sesiapa sahaja yang pernah melalui kehidupan sebagai pelajar kolej atau Universiti.

Suami

Kalian boleh berikan petua yang terbaik selaku seorang suami. Apa yang kalian lakukan untuk kekalkan keharmonian rumah tangga? Cara uruskan emosi? petua didik isteri mithali? dan lain-lain. Kalian juga boleh tapis siapa perlu melihat video content kalian melalui umur.. Jadi, caranya boleh digunakan seperti ini. 9 petua jadi suami pertengahan umur 40-an. Jadi, mereka yang dalam lingkungan tersebut akan masuk komen dan menonton video kalian.

Kesimpulannya, mudah sahaja jika mahu jadi content creator. Asalkan kalian faham kehendak penonton, apa yang mahu dielakkan. Apa keinginan mereka? itu semua boleh dijadikan content. Kesan dari menghasilkan content berkualiti dan kreatif, kalian akan diberikan tawaran untuk bekerjasama dengan klien bagi tujuan produk review berbayar. Menarik bukan ?

Kalian mati idea untuk hasilkan video? mari sini saya bantu berikan keyword yang bersesuaian dengan niche atau bisnes kalian itu. Terus ke sini > bantu saya berikan keyword Video

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *