Setelah bersoal jawab, prospek nak menggunakan servis SEO dari saya iaitu penulisan artikel SEO . Setelah saya jelaskan kepada beliau, saya tak buat GOOGLE ADS tapi penulisan artikel SEO sahaja. Alhamdulillah, prospek faham setelah saya jelaskan secara terperinci. Macam mana SEO artikel ini bergerak untuk dapatkan trafik organik , berapa lama proses ranking , berapa pula artikel SEO yang diperlukan untuk website dan bisnes relevan dan sebagainya.
Tengahari semalam, saya terima satu panggilan telefon. Sebenarnya agak sukar saya nak menjawab panggilan, kebanyakan panggilan masuk adalah dari scammer. Tapi, kali Ini terdetik nak jawab. Ya! prospek rupa-rupanya. Beliau mahu bertanyakan website SEO.
Table of Contents
Dipendekkan cerita;
Prospek dah pernah guna Google Ads, tapi kecewa. Jadi, nak guna SEO untuk penulisan artikel.
Kemudian, saya jelaskan kat mana nak letak artikel SEO nanti dalam website. Sebab prospek fikir, Salespage dah ada jadi tak boleh letak artikel pada website.
Proses kerja bagi Ghostwriter artikel SEO
Biasanya, sebelum projek penulisan artikel SEO bermula saya akan jelaskan proses kerja saya sebagai Ghostwriter artikel.
Setelah bayaran deposit diterima, proses mencari keyword iaitu Keyword Research akan dilakukan. Sekiranya artikel SEO banyak yang perlu ditulis, saya akan habiskan seharian untuk proses ini.
Kemudian, akan buat research mengenai artikel yang bakal ditulis.
Setelah penulisan artikel SEO siap , klien akan lakukan pemeriksaan sebelum artikel disiarkan pada website. Artikel akan di siarkan setelah klien berpuashati dan Setup SEO On Page dilakukan.
Revise Penulisan Artikel SEO
Jarang klien nak revise artikel, sebab sebelum saya menulis akan dapatkan maklumat melalui perbincangan. Sekiranya ada. Hanya 2 kali sahaja revise dibolehkan. Selebihnya ada penambahan caj.
Siap segera
Untuk penulisan artikel SEO, deadline tak boleh 24 jam ya?
Ini kerana, proses penulisan artikel SEO adalah rumit. Bukan sekadar menulis artikel tanpa lakukan research, ianya perlukan masa 3 hari untuk 1 artikel. Dah siapkan artikel, penulis perlu kecilkan saiz gambar ke dalam website. Termasuk proses setup SEO On Page perlukan masa untuk setting teknikal.
Deposit sebagai tanda setuju kedua belah pihak
Projek penulisan akan bermula segera sekiranya wang pendahuluan atau deposit diterima dari klien. Manakala bayaran baki dibayar mengikut projek siap.
Penulisan dan hak
Prospek juga tanya saya, penulisan macam mana? kang tak sama pula dengan prospek. Jangan risau, Ghostwriter dah biasa buat kerja macam ini. Kami akan cuba ikut gaya penulisan prospek melalui media sosial mereka dan artikel di website.
Seterusnya nama pada setiap artikel disiarkan adalah nama klien atau jenama mereka, bukan nama penulis.
Macam mana penulis nak tulis di website klien
Klien perlu memberikan akses untuk penulis masuk ke website untuk menulis artikel dan siarkan artikel di website.
Klien boleh berikan akses kepada penulis sama ada Editor atau admin.
Bagi saya, sekiranya klien nak saya tulis sahaja tanpa perlu saya lakukan pemeriksaan bahagian lain di dashboard website, cukuplah sebagai editor.
Pembaikan teknikal di website
Pemeriksaan di bahagian dasboard dan pembaikan teknikal ada caj tambahan. Biasanya plugin tak dihubungkan dengan website dan tiada sitemap lengkap.
Namun, jika klien mahu saya lakukan pemeriksaan teknikal SEO. Wajar klien jadikan saya admin iaitu memberikan password dan username untuk saya login website.
Sekarang nak kena selongkar GDoc bagi beberapa contoh penulisan dalam niche automotif kepada prospek. Kebanyakan saya menulis Copywriting dan Content media sosial saya ni kalau dalam niche automotif. Artikel automotif ada , cuma jarang sekali .
Kesimpulan :
Dengan ikuti 7 soalan dari prospek diatas seperti proses kerja Ghostwriter artikel, deposit tanpa persetujuan kedua belah pihak, revise artikel berapa kali, deadline artikel SEO, penulisan artikel SEO serta hak, macam mana prospek nak masukkan penulis untuk menulis di website dan pembaikan teknikal SEO jika perlu.
Akhir kata, keputusan di tangan prospek untuk membuat keputusan sama ada mahu atau pun tidak menggunakan servis penulisan artikel SEO dari Azlina Ghostwriter. Selain saya menulis bagi pihak klien, saya juga pengajar untuk Kelas Basic SEO khas untuk pemilik bisnes yang memiliki website.
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Whatsapp : Nak artikel SEO
