Pernah tak terfikir, kenapa laman web yang begitu cantik dan informatif masih sepi, seolah-olah website tiada pelawat dan lebih parah tiada dalam carian Google ?
Adakah laman web anda ghaib di Search Engine Result Pages ( SERPs) ?
Website bukan hanya sekadar ‘ada’ di internet. Tetapi bagaimana cara untuk menarik perhatian pengunjung dan membuat mereka tertarik.
SEO atau Search Engine Optimization, adalah senjata utama yang dapat menjadikan laman web anda muncul di enjin carian, di kedudukan terbaik Google.
Dalam artikel ini, kita akan bongkarkan teknik untuk jadikan website kalian ramai pelawat dan mampu menurunkan kadar bounce rate.
Table of Contents
Strategi Buat pelawat datang ke website dan duduk lama
Jika difikirkan kembali, memang susah nak tarik pelawat untuk masuk ke website serta duduk lama. Tapi, dengan beberapa strategi mudah ini dijamin pelawat website akan lebih tertarik untuk klik, baca dan duduk lama di website.
1. Artikel mesra pembaca
Berfokus kepada satu target sahaja dan artikel yang relevan.
Bila bercakap mengenai artikel mesra pembaca , mestilah setiap ayat yang ditulis mudah , jelas dan pelawat boleh buat tindakan selepas membaca.
2. Website mobile friendly
Sebagai pelawat dan pembaca tak perlu nak zoom in dan zoom out untuk baca setiap artikel. Sesuai dilayari untuk semua jenis peranti.
3. Font teks sedap mata memandang
Font yang terlalu besar akan menghadapi masalah teknikal SEO. Sebagai contoh ; Teks subheading 20 – 30px.
4. Pautan semuanya berfungsi
Bukan dead link.
Pembaca akan segera keluar dari website kalian, sekiranya ada mana-mana pautan yang tidak boleh dibuka seperti keluar kod error 404. Jadi, pastikan semua link berfungsi dengan baik.
5. Iklan pop-up
Elakkan iklan pop-up yang mengganggu pelawat web. Ia mengganggu keterujaan pelawat untuk membaca artikel-artikel yang ada di website kalian.
6. Pastikan ada CTA yang jelas
Gunakan CTA untuk rendahkan bounce rate.
Sama ada mahu buat pembaca membeli produk kalian, menggunakan servis dan mendaftar borang untuk newsletter.
Kesimpulan
6 strategi diatas bagus untuk rendahkan bounce rate website kalian. Maknanya dari website tiada pelawat, akan ada pelawat yang masuk. Dengan ini kemungkinan besar pelawat akan membuat tindakan seperti membeli produk kalian,membaca artikel-artikel lain dan mengisi borang untuk subscriber( jika ada ).
Selain itu, dengan memiliki bounce rate rendah dapat meningkatkan kredibiliti brand dimata pelawat serta artikel-artikel juga relevan dan ia juga bagus untuk Search Engine Optimization ( SEO ) .
SEO Media Sosial : Kuasai Dunia Pemasaran Online dengan Kata Kunci
Terus ada pelanggan CALL
Mulanya berdebar lah juga, bila nampak di whatsapp klien sedang typing.
Dup dap dalam hati. Walaupun bukan baru hari ini saya buat servis menulis. Tapi, rasa tu tetap ada.
Antara soalan yang berlegar dalam kepala saya tadi;
Salah ke aku edit kat website klien?
Tak best ke tajuk-tajuk yang aku tukar?
Ada masalah lain ke?
Saya tarik nafas panjang. Tunggu beliau habis typing di whatsapp .
Rupa-rupanya..
Tadaaa! Seperti dalam screenshot.
Masya-Allah.
Syukur nikmat, bila dapat respon macam ni.
Allahuakbar!
Servis repair atau suntingan artikel SEO meliputi
1. Kalau ada artikel tak menampakkan ciri manusia yang menulis ( biasanya ada yang gunakan AI untuk artikel ), saya bantu betulkan supaya mesra pembaca.
2. Tajuk artikel yang buat pembaca rasa nak klik dan baca.
3. Peletakan keyword.
4. Setting SEO ON Page.
5. Artikel yang takde dalam Google pun, saya bantu muncul kan pada halaman pertama. Paling penting, artikel saya repair tu mesra pembaca dan search engine.
P/s: Dalam servis ini, saya juga akan lakukan Keyword Research lagi sekali sebelum repair artikel SEO klien.

Klien saya sudah dapatkan servis betulkan artikel SEO. Kalian bila lagi? takkan nak bertangguh lagi. Klik pautan di bawah .