Hari tu, klien mengadu pada saya. Katanya, artikel website dia tak muncul di Google.  Selepas saya buat pemeriksaan keatas website klien, rupanya artikel tak mengikut format artikel SEO. Tambah lagi, ada error di web . Itu yang mengganggu proses SEO di web .

Dipendekkan cerita, klien juga nak bisnesnya berada pada halaman pertama Google. Selaku individu yang tawarkan servis menulis artikel review di blog peribadi , saya mencadangkan supaya beliau membeli tapak di blog saya. Kata sepakat dicapai setelah melihat testimoni lalu. Akhirnya klien mahu saya menulis mengenai bisnes mereka. Penulisan begini dipanggil servis review di blog.

artikel website

Kesilapan besar, dalam penulisan artikel website klien

1. Copy paste

Ada segelintir klien, copy dan paste artikel pesaing. Dengan tujuan mahu berada di halaman pertama Google, sama seperti pesaing mereka.

Hati-hati, cara begini boleh tenggelamkan website kalian di carian Google. Lagi rugi, bakal pelanggan tak jumpa bisnes kalian.

2. Keyword Stuffing

Menggunakan banyak keyword dalam satu artikel.

Google akan menganggap artikel tersebut adalah spam.

3. Google Search Console

Kalian tidak mendaftar di Google Search Console. Jika sudah daftar, pastikan sentiasa periksa error di sana serta fix error tersebut.

4. Sebelum siaran artikel

Kalian tidak menulis artikel mengikut format SEO. Tidak setup sebetulnya artikel sebelum siaran .

5. Artikel tiada sasaran pembaca

Artikel yang tidak fokus kepada pembaca. Membuatkan pembaca keliru dengan apa yang ingin disampaikan.

Dalam servis review di Blog peribadi ada apa?

Servis review di blog , saya tawarkan dalam penulisan gaya santai. Selain itu, artikel yang di review akan menggunakan format SEO. Iaitu dimana bakal pelanggan kalian akan jumpa melalui carian kata kunci di Google.

Untuk kefahaman mengenai bisnes kalian, saya akan lakukan swot analisis. Artikel SEO bermula 1000 patah perkataan.

Lain-lain saya akan masukkan link artikel dari website klien ke dalam artikel review tersebut. Proses ini mempunyai kaitan dengan Search Engine Optimization ( SEO ) .

Gambar pelanggan klien, kedai, dan testimoni ( jika ada ) .

Masalah lain klien website

Selain saya mengesyorkan servis review di blog peribadi, klien juga perlukan artikel SEO di website. Apa yang saya lihat, artikel di tulis tidak mengikut format SEO. Akhirnya merbahaya kepada website. Kerana kesilapan tersebut boleh mengakibatkan spam. Kemungkinan besar, website akan dibenamkan oleh Google sampai bila-bila jika dibiarkan berterusan.

Website tiada sitemap, meta description dan lain-lain juga masalah di website klien.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, sebagai pemilik website, kalian sepatutnya waspada dengan masalah diatas. Ambil tindakan segera dengan menghubungi saya bagi mendapatkan servis penulisan artikel SEO serta alternatif lain untuk buat SEO di blog peribadi saya. Lantik saya sebagai Ghostwriter artikel kalian. Jangan biarkan artikel website tak muncul di Google.

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com