Salah satu penyakit yang terpaling popular pada abad ini adalah penyakit Ain. Hampir semua daripada kita terkena panahan penyakit ain. Cuma antara sedar atau tidak sahaja. Bagaimana mahu hindari penyakit ain?
Penyakit AIN menurut islam adalah penyakit yang bermula daripada pandangan mata seseorang yang mempunyai hasad dengki, terlalu taksub dan kagum apa melihat seseorang yang cantik, handsome, kejayaan, kecerdikan luar biasa, rumahtangga bahagia, kekayaan dan sebagainya.
Bagaimana berlaku?
Penyakit Ain berlaku disebabkan mereka yang melihat rasa kagum, taksub dan teruja melampaui sehingga melupakan apa yang dilihat itu adalah kuasa allah swt. Ianya turut dikatakan sebagai penyakit sihir mata ( panahan ain ) dalam Islam yang paling merbahaya. Boleh merosakkan kehidupan seseorang daripada ceria kepada kemurungan melampau.
Artikel lain : Servis menulis artikel Gaya Website
Sebagai contoh, ini punca penyakit Ain berlaku :
- Ali melihat Roslan bahagia bersama pasangannya kerana mereka tidak pernah bergaduh sepanjang 20 tahun perkahwinan. Ali kagum dengan Roslan, setiap hari puji akan kehebatan Roslan.
- Rokiah sentiasa menerima pujian terhadap kecantikan yang dimilikinya, daripada peminatnya di laman media social.
- Maziah setiap hari memuji dengan kecerdikan anaknya belajar. Sentiasa mengatakan anaknya cerdik kerana berjaya mendapat 20’A.
- Ali sentiasa memuji dengan kecantikan kereta barunya.
Baca : tanda-tanda lain penyakit Ain
Kesan Penyakit Ain terhadap individu
- Ketakutan melampau tanpa sebab.
- Sedih tanpa sebab.
- Kemurungan tiba-tiba.
- Kerap sakit-sakit badan.
- Tubuh badan jadi lemah dan pucat.
- Sering merasa sejuk di telapak kaki selepas asar.
- Fikiran mudah jadi kosong ( jadi blur dan banyak termenung )
Kesan Penyakit Ain terhadap Keluarga
- Keluarga berpecah belah.
- Sering bergaduh suami isteri.
- Anak-anak bergaduh.
- Anak-anak degil.
- Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Tidak bertegur siapa didalam rumah.
- Anak-anak dan isteri kerap sakit.
Allah sudah janji, setiap penyakit pasti ada penawarnya. Termasuklah cara berubat penyakit ain. Ada yang mengatakan bahawa rawatan yang sesuai bagi Penyakit Ain adalah wuduk. Sebagai contoh, mandikan baby dengan air lebihan wuduk. Bagi baby yang terkena panahan ain.
Doa hindar daripada Penyakit Ain
Maksud ayat : Aku berlindung kepada kalimat-kalimat allah yang sempurna. Daripada setiap syaitan , binatang berbisa, dan daripada setiap mata yang jahat ( Al-AIN )
Doa ini hendaklah dibaca setiap hari selepas waktu solat. Dengan mengamalkan setiap hari, dapatlah kita hindari penyakit ain dari berleluasa.
Anda juga boleh membaca doa pendinding yang lain :
1. Ayat penghujung di Surah Al-Hud 57
Maksudnya : Sesungguhnya Rabbiku memelihara tiap sesuatu.
Ustaz Sharhan Shafie pernah memberitahu, sesiapa yang mengamalkan potongan ayat Hud 57. Dengan izin allah, dirinya selamat daripada gangguan Jin. Iblis dan manusia.
Akhir kata, penyakit ain dapat dielakkan daripada berlaku dengan mengucapkan Masya allah dan Tabarakallah serta mendoakan yang baik-baik setelah melihat berita baik dan kejayaan seseorang. Yang baik, kesempurnaan semuanya milik allah. Kita sebagai manusia, tidak layak menerima puji-pujian yang melambung sehingga menjadikan seseorang itu lupa diri serta menolak bahawa allah swt yang Maha Agung.
Boleh baca perkongsian berlainan di media sosial :
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Linkedin : https://www.linkedin.com/in/nor-azlina-mohd-ali-5469511a7/