Syukur ke hadrat ilahi, kerana kita berkesempatan menunaikan rukun islam yang ke-4 iaitu berpuasa di bulan Ramadan 1444Hijriah bersamaan 2023 Masihi. Bulan puasa 2023, perbanyakkan amal dan ibadah. Semoga Allah Swt menerima segala amal dan ibadah kita semua, serta diberikan kesihatan yang baik bagi melakukan ibadah dengan sempurna. Masuknya bulan puasa, kita akan diuji dengan pelbagai macam ujian daripada Allah.
21 Amalan di bulan puasa Ramadan
02. Bersahur
03. Solat Qabliyah Subuh – minima dengan 2 rakaat
04. Solat Subuh berjemaah
05. Bersedekah selepas subuh. Amalkan dengan sedekah sekurang-kurangnya RM 1 sehari selama 30 hari berpuasa.
06. Membaca Al- Quran sekurang-kurangnya 4 muka surat
07. Solat Dhuha – minima dengan 2 rakaat
08. Solat Qabliyah Zohor – 4 rakaat
09. Solat Zohor berjemaah
10. Solat Ba’diyah Zohor – 4 rakaat
11. *Baca Quran – 4 muka surat*
12. Solat Qabliyah Asar – 2 rakaat
13. Solat Asar berjemaah
14. Membaca Al- Quran sekurang-kurangnya 4 muka surat atau lebih iaitu 8 muka surat.
15. Buka puasa tepat pada waktunya.
16. Solat Maghrib berjemaah
17. Solat Ba’diyah Maghrib – 2 rakaat
18. Solat Qabliyah Isyak – 2 rakaat
19. Solat Isyak berjemaah
20. Solat Ba’diyah Isyak – 2 rakaat
21. Solat Tarawih
22. Membaca Al- Quran sekurang-kurangnya 4 muka surat atau sehingga 8 muka surat.
* (Quran 20 muka surat = 1 Juzuk
Justeru itu, banyak kebaikan di dunia dan akhirat Allah swt ganjarkan kepada kita jika mengingatinya. Serta meninggalkan larangannya iaitu sifat mazmumah seperti mengumpat, menghina, mengadu domba dan sebagainya . Semoga bulan puasa 2023, menjadi satu titik permulaan kebaikan kepada kita semua.