Psikologi seorang penjual yang baik adalah mengenal pasti masalah bakal pelanggan. Posisikan diri kita sebagai kawan, dan bukanlah penjual. Luangkan masa yang panjang supaya benar-benar memahami kehendak bakal pelanggan tadi.
Kemudian, baru lah bantu bakal pelanggan tadi memahami bagaimana dan mengapa produk atau khidmat kita dapat memenuhi keperluannya lebih daripada produk lain.
5 Kebaikan Ikuti Trending di Facebook. Bukan untuk ukur popular
Table of Contents
Psikologi diri sendiri, tingkat kan Esteem diri dan saiko bakal pembeli
Jual lah apa sekalipun, wajib ada ilmu menjual. Jadi penulis pun perlu juga tau.
Apa tah lagi mereka, selaku penjual produk dan servis.
Sub topik dalam buku The Psychology Of Selling ini :
1. Teknik cetus tabiat membeli.
2. Trick sebelum prospek membeli produk kita.
3. Mindstorming dalam menjual. Amalkan selalu.
4. Strategi matlamat jelas dalam perniagaan.
5. Teknik bina Esteem diri. Tingkatkan jualan!
6. Peraturan 80/20 dalam jualan.
7. Bagaimana nak orang suka kita selaku penjual?
8. Bagaimana mahu mulakan pertanyaan dengan prospek?
9. Teknik bahasa badan yang positif dalam jualan.
10. Strategi menjual produk ‘Tangible’ dan ‘Tidak Tangible’
11. Teknik pantas membuat jualan.
Dan banyak lagi trick dan strategi digunakan oleh Brian Tracy. Buku ini dengan mempunyai 236 muka surat.
P/S: Buku ini bagus dengan terjemahan sempurna. Sesuai dibaca oleh mereka yang tawarkan servis menjual.
10 kali baca pun takkan jemu. Font, spacing, perenggan dan penggunaan ayat mudah di fahami oleh pembaca. Keluaran daripada PTS, dan ianya satu-satunya ditulis oleh Brian Tracy iaitu penulis Best Seller Antarabangsa.
Paling istimewanya buku ini, ia mempunyai latihan tindakan segera yang perlu dibuat oleh pembaca sejurus membaca agar dapat dipraktikkan bagi mendapatkan hasil.
10/10 bintang untuk review buku The Psychology of selling.
Saiko diri sendiri dan saiko bakal pembeli anda. Boleh dapatkan strategi dalam buku The Psychology of selling.
Nak menjual, semuanya bermula dari psikologi anda. Jadilah penjual yang bijak : The Psychology of Selling – Brian Tracy