Bagaimana cara dapatkan testimoni daripada pelanggan tanpa perlu dipaksa? mungkin ada penjual yang mempunyai masalah yang sama. Takut nak minta testimoni? takut dapat ulasan berbaur negatif dan sebagainya. Tahukah kalian, dengan memiliki ulasan yang positif ia satu petanda baik dalam perniagaan kalian. Jadi, jom belajar bagaimana nak dapatkan testimoni daripada pelanggan yang telah menggunakan servis dan produk kaluan.


Kawan tanya, bagaimana cara nak dapatkan testimoni pelanggan yang menggunakan servis atau produk kita? situasi di mana kalian tiada testimoni. Walaupun dah terjual beribu balang biskut, ramai orang dah guna servis tetapi testimoni pelanggan tiada. Jom kita semak apa teknik yang mampu membelai jiwa client.
Jawapan :
Masya Allah tabarakallah. Kak Ina selaku ghostwriter yang mengambil upah servis menulis ini memang tidak pernah paksa pelanggan untuk memberi respon atau testimoni selepas menggunakan servis menulis ghostwriter. Tetapi dengan teknik ini, Kak Ina percaya mudah nak dapatkan testimoni pelanggan jika kalian mengikut teknik ini.
Apa yang Kak Ina lakukan, bagi mendapatkan testimoni daripada pelanggan :
1. Menjaga hubungan baik dengan setiap pelanggan
Sentiasa bertanya khabar melalui medium WhatsApp atau messenger. Tetapi jangan lah setiap kali bertanya khabar tu sentiasa nak promote barang. Orang tak suka tau. Boleh rimas mereka tu, silap hari kena block terus. Dari nak dapatkan testimoni pelanggan, dah menjadi sukar. Satu lagi, jangan buat baik kerana inginkan sesuatu ya.
2. Support bisnes mereka
Jika pelanggan update status, like status tersebut dan komen. Dan jika perlu, klik butang ‘Share’. Ini supaya pelanggan akan sentiasa nampak dan ingat kita. Nampak tak cara bagaimana teknik support bisnes mereka?
3. Mendoakan pelanggan
Yang ini nampak mudah. Tetapi, impaknya sangat besar jika kalian sentuh emosi mereka dengan cara begini. Sentiasa mendoakan kejayaan mereka. Doa yang baik-baik dengan ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ini bukan bodek, sebaliknya ia adalah satu amalan baik antara saudara sesama islam.
4. Mesra pelanggan
Seterusnya bagi mendapatkan testimoni pelanggan adalah dengan cara berikut : Jadilah individu yang mudah mesra. Klien lebih selesa untuk berbincang dan seterusnya mudah untuk mendapatkan testimoni pelanggan. Maksudnya jangan jadi individu yang asyik nak menjual sahaja. Jadilah seller atau individu yang mudah didekati. Andai kata pelanggan perlukan cadangan, sila kemukakan. Jangan sombong dan kedekut ilmu. Dari sini juga, a
11 Tip berkesan buat orang bisnes: walaupun nampak cliche, namun impaknya tinggi!
5. Jaga emosi pelanggan
Jika pelanggan berduka lara di status platform social media. Berikan mereka kata-kata semangat. Jika berita gembira, ucapkanlah tahniah buatnya. Mudah bukan? pendek kata, menjadi manusia yang baik akhlaknya perlu ada empati sesama manusia.
Ini antara yang kak Ina amalkan, bagaimana cara nak dapatkan testimoni pelanggan. Kak Ina pun pernah jadi pelanggan dan individu yang menawarkan servis.
Tetapi mengikut kaedah marketing pula, di wajibkan lakukan sesi follow up. Namun, lakukan sesi tersebut mengikut keselesaan kalian juga. Jangan terlalu ‘try hard’ untuk mendapatkan testimoni daripada pelanggan. Faham? bila try hard, mereka dapat merasakan seperti memaksanya untuk memberi ulasan.
Teknik terakhir dalam cara bagaimana nak dapatkan testimoni daripada pelanggan ialah dengan sentiasa memberikan nilai kepada pelanggan yang sedia ada. Mungkin kalian boleh berikan konten tanpa putus buat mereka.
Apapun, sila jaga 5 teknik yang mampu membelai jiwa pelanggan. Apabila kita mampu menjaganya, tanpa perlu paksa pelanggan akan memberikan testimoni . Jika kita mulakan dahulu, dengan mudah orang lain juga akan memberi kepada kita. Dan bila mereka selesa dengan kita, tak mustahil dengan mudahnya berjaya mendapatkan testimoni yang di berikan oleh pelanggan dan kemungkinan besar akan repeat menggunakan servis dan rekomen kan produk kita pada kawan-kawan pula.
Akhir kata, sangat mudah caranya bagi mendapatkan testimoni daripada pelanggan dengan mterbaharu? enggunakan teknik yang telah diberikan. Ingat! testimoni juga boleh dikatakan nadi kepada orang-orang berbisnes. Tanpa testimoni pelanggan, bagaimana mahu menangkap pelanggan terbaharu?
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
657 total views, 1 views today
[…] Artikel lain : Tip Belai Jiwa Pelanggan […]