ajar anak memasak

Bagaimana cara ajar anak memasak sejak kecil? Ada pepatah mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga kisah Kak Ina. Masya Allah, tabarakallah. Kira-kira hari ini, sudah cukup 3 minggu Furqan bersama adik beradiknya mula memasak, kecuali si Yusuf yang berusia hampir 2 tahun. Kini waktu memasak tengah hari, sudah di ambil alih oleh Furqan bersama anak-anak yang lain. Secara tidak sedar, tanpa paksaan dia sendiri yang minat untuk memasak. Bagaimana cara ajar anak memasak sejak kecil? ikuti perkongsian ini.

Pada mulanya, sebagai ibu memang tidak izinkan langsung. Mentaliti mak-mak kan? takut anak melecur, dapur kotor, terbakar rumah lah dan kejadian tidak diingini lain terjadi terhadap anak jika mereka memasak. Dan, mentaliti ini lah menyebabkan anak-anak jadi malas ke dapur apabila besar.
Ianya bermula sewaktu Kak Ina berpantang keguguran. Waktu itu, Kak Ina tidak boleh berdiri lama untuk memasak. Dek kerana 2 kali proses ‘mencuci rahim’ dalam sebulan, kesan daripada itu dari lutut dan seluruh tapak kaki sakit. Mahu atau tidak, terpaksa kena tahu bagaimana cara ajar anak memasak sejak kecil.

      Rentetan daripada kisah itu, anak-anak sudah masuk ke dapur bagi membuat minuman pagi dan petang secara sendiri. Walaupun dapur seperti selepas berperang, tetapi jangan mak-mak mudah naik angin. Pesanan yang Kak Ina ucapkan kepada anak-anak, “kemas semula dapur, kalau tidak mama dah tak nak bagi lagi kamu memasak”
Apa ayat yang Kak Ina pesan pada mereka semasa sakit ialah :
“Sayang mama tak?”
“Nak mama masuk hospital lagi?”
Semua menjawab “tak nak”.
     Sejak itu, anak-anak rajin ke dapur. Sara [ 9 tahun ], Soffea [ 6 tahun ] dan Furqan [ 5 tahun ]. Masing-masing dengan tugasan memasak nasi, potong sayur, ikan dan membasuh pinggan. Bila anak-anak di ajak ke dapur, Furqan adalah yang pertama teruja untuk memotong sayur-sayuran dan memasak. Katanya, biar dia selesaikan semua.

Cubaan pertama ajar anak-anak memasak:

Sayur-sayuran dan cili hidup di potong kasar.
Bab menumis, Furqan lulus. Hampir 3 minggu memasak dia sudah mahir.
    Sebagai ibu, Kak Ina hanya memantau anak-anak memasak. Arahkan sahaja apa yang patut apabila di dapur.
Lagi satu, peringkat permulaan anak-anak berada di dapur. Kak Ina berikan dahulu pisau yang tumpul untuk digunakan oleh Furqan bagi memotong sayur. Apabila sudah boleh di harapkan, baru lah gunakan pisau tajam tetapi tetap di pantau oleh kak Ina sendiri. Malang tidak berbau tetap ada.
    Tabarakallah, andai kata perut dia lapar. Dia akan buka peti sejuk cari bahan-bahan untuk memasak. Seperti kejadian 4 hari yang lepas.
    “Mama, ada lada dan daging burger kisar.” Mula menguntumkan senyuman dengan mata sepetnya, lalu dia keluarkan 2 bahan tersebut daripada peti sejuk.
   “Abis tu?” Sengaja ku menyoal begitu untuk mendengar jawapannya.
  “Buat spaghetti nak, Furqan masak?” Spaghetti merujuk kepada Fettucine buat Furqan. Sebab baginya ia adalah pasta yang sama.
  “Ok. Jom!” sebaik sahaja kata putus di berikan, laju anak-anak menapakkan kaki ke dapur.
Masing-masing [ Sara, Furqan dan soffea ] mengambil tugasan. Keluarkan Fettucine, keju, bawang Holland dan juga pes tomato.
Setelah siap memasak fettucine, masing-masing tidak sabar untuk menikmati hasil air tangan Furqan. Ternyata sedap. Sepinggan Fettucine panas telah berjaya di hantar ke jiran sebelah sebaik sahaja azan Isyak berkumandang.
Begitulah titik permulaan Kak Ina melatih anak-anak memasak. Semuanya tanpa paksaan tetapi menggunakan emosi.
Hanya kisah ini mampu Kak Ina kongsikan kepada rakan Facebook bagaimana cara ajar anak memasak sejak kecil. Semoga dengan sedikit ilmu parenting ini, ibu bapa di luar sana boleh keluar dari mentaliti ‘mak-mak’.
Linkedin : Azlina Ina

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *