Affiliate kini menjadi pilihan pengguna internet. Setelah jualan berjaya dihasilkan, sudah tentunya komisyen affiliate diterima. Secara tidak sedar, aku terjerumus dengan affiliate. Itu pun disebabkan masih dalam niche penulisan, jika bukan. Tidak mahu lah sertai.Berikut merupakan cara aku dapatkan komisyen affiliate.
Lagi pun affiliate ini bukannya mudah nak yakinkan orang tau, jika cara yang digunakan salah. Tambahan lagi ianya bukan produk fizikal. Orang tidak nampak dengan mata kasar, apatah lagi nak pegang produk tu. Tanpa sedar, aku berjaya buat jualan dan terpaksa menerima komisyen affiliate.
Antara affiliate yang aku buat termasuk menjual servis Khairul Hakimin Muhamad, Kelas Penulisan Ramadan dan Upah Menulis.
Apa itu Affiliate dalam Bahasa Melayu
Sebelum aku pergi jauh lagi mengenai affiliate marketing. Jom aku kongsikan maksud sebenar affiliate marketing.
Ianya adalah satu cabang perniagaan, yang boleh dilakukan bagi mereka yang ingin menambah pendapatan tanpa perlu memegang produk fizikal. Program affiliate anda hanya perlu kongsikan link affiliate di mana-mana platform media sosial yang ada.
Sebagai contoh ;
Anda pendekkan link affiliate tersebut dan letakkan di mana-mana media sosial kegemaran anda. Sebelum anda letak link, anda perlu mengarang terlebih dahulu copywriting.
Bagaimana buat duit dengan affiliate
Anda perlu kongsikan sahaja link affiliate yang anda sertai.
Sebagai contoh, aku nak pendekkan link ini : https://upahmenulis.onpay.my/order/form/pengurusmediasosial/naGW
Jadi, aku terus ke website tinyurl untuk pendekkan link. Maka, jadilah begini. https://tinyurl.com/5n7mmxvd
Dengan cara pendekkan link affiliate, tidak lah nampak serabut dan kelihatan kemas. Tambahan lagi, dengan pendekkan link tidak terlalu jelas bahawa itu adalah link affiliate anda.
Bagaimana cara promosikan Link Affiliate
Okay, tadi dah ajar pendekkan link affiliate. Sekarang waktunya cara promosikan link affiliate. Dimana nak letak link affiliate anda? adakah di whatsapp? di komen status yang sedang trending dan viral? atau post sepanjang waktu link di wall facebook?
Anda biasa buat yang mana satu?
Link anda akan di anggap spam oleh facebook, apabila terlalu kerap post link di komen status rakan-rakan. Sama ada direport oleh pemilik akaun atau Mark Zuckerberg sendiri yang dapat mengesannya dengan sistem META nya.
Cara betul promosikan link affiliate di Facebook, terpaksa terima Komisyen
Cara yang betul untuk meletakkan link affiliate sudah tentunya di wall anda sendiri. Anda boleh mengarang jalan cerita, dan masukkan link affiliate di dalam posting. Mungkin boleh menggunakan kaedah storytelling.
Kaedah ini, audien tidak akan perasan langsung jika kaitkan cerita anda dengan link affiliate. Ini kerana, anda sudah masukkan emosi ke dalam cerita tersebut, secara tidak langsung 1 jualan sudah terhasil. Dan menanti komisyen affiliate sahaja.
Sebenarnya, untuk menghasilkan jualan melalui affiliate tidak sukar mana. Tetapi pastikan anda mahir menguasai copywriting untuk sedapkan bahan jualan affialite anda. Copywriting yang betul, pastinya dapat menghasilkan jualan dan terpaksa menerima komisyen.
Contoh copywriting yang telah berjaya hasilkan jualan :
Ok, teknik pun anda dah tahu kan? jadi, jika anda jalankan affiliate serta mempunyai masalah mengarang copywriting tu, boleh lantik aku sebagai Copywriter ( individu yang bertanggungjawab, menulis copywriting bagi pihak anda )
Justeru itu, jika mahukan komisyen affiliate pastikan anda mengarang copywriting dengan tepat. Agar dapat mempengaruhi audien. Selain itu juga, gambar poster juga memainkan peranan utama. Gunakan gambar yang relevan dengan posting anda. Insya allah, pasti mudah anda membuat jualan dengan affiliate.
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Whatsapp : wasap.my/60189107161/sayanakcopywriting
358 total views, 1 views today