content jenis video

Content video, mati idea?

Content jenis video, usahawan produk dan bisnes servis akan mati idea untuk menghasilkan  idea kreatif. Tambahan lagi pengguna di Facebook. Idea bagi menghasilkan reels. Content jenis video jika tidak dibina dengan baik, pastinya sukar mendapat perhatian penonton.

Artikel sebelumnya, sudah diceritakan mengenai cara menghasilkan content reels

Nak content anda pergi lebih jauh dengan menggunakan personal Facebook?

1. Sila bina content berbentuk reels. Iaitu berbentuk video.

Video pendek berdurasi selama 15 saat, 30 saat dan 60 saat.

2. Berdasarkan kes kajian  keatas Reels media sosial sendiri.

1 video reels mencecah 7.1 ribu mata memandang, tak sampai 3 hari. Di akaun utama.
Menggunakan content Reels yang sama, iaitu aku post di akaun ke-2 personal aku dengan 6 ribu mata memandang tetapi pada minggu ke-2 posting. Alhamdulillah.
content jenis video

Apa aku buat untuk tingkatkan engagement?

Bina content awareness, dan masukkan Copywriting di bahagian kapsyen video Reel.

Bermakna, aku gabungkan jenis content Copywriting ke dalam Reels tersebut. Hasilnya dari pembinaan content di Reels, aku telah berjaya close 1 job dari Indonesia dan pakej content serta copywriting ( ayat jualan ).

Mudah bukan, jika kita sebagai pengguna media sosial faham berkenaan pembinaan content Copywriting.

Urmm, sebenarnya lama sangat dah tak cerita berkenaan Copywriting. Ehehe.

Content Copywriting ni power, jika betul caranya. Artikel seterusnya, akan cerita mengenai copywriting storytelling pula.

Apakah yang dimaksudkan Content Copywriting

Dalam video reels, aku gunakan content copywriting. Ia bermaksud, aku menggunakan

jenis awareness di dalam video. Dan copywriting di bahagian caption.

Sebagai Contoh dalam video skrip aku :

Aku jadikan headline :

1. Keyword artikel : Niche kesihatan

Aku sebutkan point pertama “Wanita perut buncit”

point kedua content : Perut buncit perempuan

Point ketiga : Punca perut buncit dan keras

Point keempat : Hilangkan perut buncit

Point kelima : Cara kuruskan perut

Setiap point yang aku sebut adalah keyword bagi kegunaan content artikel di website. Dan, buat pengetahuan semua. Keyword yang aku berikan dalam video tersebut boleh

dijadikan tajuk serta isi kandungan bagi video dan content bertulis juga. Jadi, sebab itulah 1 video aku di Reel mencecah 7.1k dalam masa 3 hari sahaja. Kerana penonton video tersebut majoriti yang berbisnes.

Semoga dengan perkongsian rahsia menghasilkan content jenis video ini, anda dapat menghasilkan video reels dengan baik. Seterusnya anda boleh sebarkan ilmu hanya dengan menggunakan reels, tanpa batas dengan pengguna media sosial di facebook tanpa perlu mempunyai rakan-rakan yang ramai.

content jenis video
Kesan keatas video yang aku hasilkan adalah, ramai yang komen dan PM untuk dapatkan tip bagi masalah perut buncit. Nampak tak? berkesan jika hasilkan video yang berkaitan dengan audien. Aku sebagai penyedia content, hanya bantu berikan sedikit idea kepada usahawan dalam niche bisnes masing-masing.

Akhir kata, jangan berputus asa dalam menghasilkan content. Jika tidak berjaya hari ini, cuba lagi dan lagi. Dan, cuba tukar cara bercakap anda dan lenggok badan sewaktu menyampaikan ilmu. Dari sini, mampu buatkan orang yang melihat video akan mengingati personaliti kita, ianya bagus dalam penjenamaan diri.

Jika anda kekangan idea untuk hasilkan content video, terus hubungi aku. Setiap content yang aku hasilkan semua berkaitan SEO ( Search Engine Optimizationn). Iaitu apa maklumat yang audien cari dan suka. Bukan tu jer, content lain pun boleh menulis berkaitan SEO.

Terus ke sini > wasap.my/60189107161/sayanakcontent

Untuk perkongsian tip lain, boleh ke Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *