artikel-viral-seo

Artikel viral atau artikel mesra SEO ( Search Engine Optimization ), adalah 2 perbezaan jenis artikel yang perlu penulis mahupun pemilik website ketahui dan perlu faham sebelum menulis artikel. Apakah tujuan artikel ditulis, jangka hayat artikel, sasaran pembaca dan penyelesaian bagaimanakah yang diinginkan?

 

artikel-viral-seo
Penulisan artikel website : viral atau SEO?

 

 

 

Ketahui 2 perbezaan antara artikel viral dan artikel mesra SEO.

 

Artikel yang dikatakan VIRAL, adalah kerana ia berita yang mendapat liputan meluas seluruh negara mahupun negeri. Ia boleh terjadi berlaku perkara yang menjadi sebutan penduduk setempat atau peristiwa penting atau kejadian pelik, aneh dan ngeri.

 

 

Sebagai contoh,

 

  1. Berita kehilangan kapal terbang MH370, yang kecoh pada tahun 2014 dengan membawa penumpang seramai 239 termasuk krew kapal. Jadi, dengan kehadiran berita begini, ramai penulis ingin menaikkan artikel tersebut kerana ingin mendapatkan engagement luarbiasa daripada pengguna internet.
  2. Berita sedih dengan kematian pelakon Adibah Noor.
  3. Kejadian aneh di lokasi penggambaran Mat Kilau.

 

 

Dan, kesan menulis artikel begini jangka hayatnya adalah tidak lama. Ianya akan sekejap sahaja akan meletup, mungkin sekitar 1 minggu atau selama 3 hari dan sebagainya. Sehingga sampai satu tahap, pengguna internet tidak akan mempedulikannya lagi untuk menekan butang share artikel tersebut.

 

Keyword Niche beauty

 

Berbeza pula dengan artikel mesra SEO.

 

  1. Search Engine Optimization adalah satu proses, dimana engine carian google mengutamakan kualiti dan kuantiti artikel terbaik bagi trafik website. Trafik yang masuk ke website tersebut adalah percuma bukanlah berbayar.
  2. Ianya ditulis berdasarkan keyword tertentu, yang mampu menaikkan artikel tersebut di halaman pertama Google serta kedudukan terbaik.
  3. Tidak boleh terus menulis. Tetapi perlu melakukan ‘riset keyword’ terlebih dahulu. Iaitu perlu melihat adakah artikel tersebut berpotensi untuk  mendapat perhatian pembaca serta dari segi carian tajuk di Google. Menjadi satu kesalahan, jika menulis tetapi tidak tahu jumlah  carian pembaca ( search volume ).
  4. Sebelum menulis artikel SEO juga, penulis perlu membuat draf awal.

 

 

Kesimpulannya,

 

Artikel SEO amat penting bagi  pemilik bisnes, tambahan lagi pada era digital marketing. Tujuannya supaya maklumat yang diperlukan oleh pengguna internet dapat dijumpai di halaman terbaik Google. Kesan dari pengguna selalu menjumpai artikel anda, akan meningkatkan kepercayaan. Seterusnya, ia akan bantu menaikkan kredibiliti brand anda.

 

 

Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

 

 

 

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Ghostwriter yang menggunakan format Search Engine Optimization. Nor Azlina seorang penyedia bahan bertulis kepada pemilik bisnes seperti Artikel mesra SEO, copywriting, SEO copywriting, manuskrip buku, menulis kapsyen pendek media sosial, dan e-book. Saya bantu mudahkan kerja-kerja menulis bagi pemilik bisnes ke dalam bentuk penulisan. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *