SEO media sosial bukan jer boleh gunakan untuk artikel di website. Tapi lebih meluas melalui penggunaan kata kunci yang tepat di media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan Thread. Dengan penggunaan kata kunci yang tepat, carian ramai dalam masa sama tidak ramai yang menggunakan.
Peluang cerah untuk posting di jumpai oleh bakal-bakal pelanggan, sekiranya kata kunci yang digunakan adalah tepat. Bukan jer di media sosial boleh dijumpai, malah di carian Google juga.
Sebagai contoh; Manfaatkan kata kunci tersebut melalui penggunaan hashtag.
Table of Contents
Kenapa penting kata kunci dalam posting media sosial
Menggunakan kata kunci dalam posting SEO media sosial adalah penting kerana beberapa alasan:
Meningkatkan Carian
Indeks oleh Mesin Pencari
Posting yang dioptimumkan dengan kata kunci tertentu, boleh membantu meningkatkan kadar kebolehjumpaaan pengguna di enjin carian seperti Google. Cara ini, dapat meningkatkan peluang posting anda muncul dalam hasil carian apabila pengguna mencari topik yang berkaitan.
Penemuan di Platform media Sosial
Kebanyakan platform media sosial mempunyai fungsi carian dalaman. Selagi mana butang ‘search’ ada dalam media sosial tersebut, selagi itu SEO media sosial boleh di manfaatkan.
Dengan penggunaan kata kunci yang relevan, posting anda lebih mudah ditemui oleh pengguna yang mencari kandungan berkaitan di dalam platform tersebut.
Sebaiknya anda perlu konsisten menggunakan kata kunci tersebut bagi setiap posting yang berkaitan.
Tarik Audiens yang Tepat
Pengguna yang Berminat
Kata kunci membantu menarik bakal pelanggan yang berminat dengan topik yang anda kongsikan, sekaligus dapat tingkatkan peluang untuk penglibatan yang lebih tinggi dan berpotensi menjadi pelanggan.
Target tepat
Dengan penggunaan kata kunci, anda boleh menyasarkan demografi tertentu yang lebih cenderung dengan kandungan anda, meningkatkan keberkesanan strategi pemasaran.
Target kata kunci juga, bantu content anda berfokus dan tidak bercampur dengan lain.
Meningkatkan Penglibatan
Kandungan Relevan
Kandungan media sosial yang dioptimumkan dengan kata kunci, cenderung lebih relevan kepada pengguna, yang boleh meningkatkan kadar penglibatan seperti likes, shares, dan komen.
Peningkatan Kredibiliti
Menggunakan kata kunci yang tepat menunjukkan bahawa anda memahami topik tersebut dengan mendalam. Oleh itu, ia boleh meningkatkan brand awareness iaitu dari segi kepercayaan dan kredibiliti di kalangan audiens.
Kesan Promosi
Penggunaan Hashtags
Di platform seperti Instagram dan Twitter, hashtags yang mengandungi kata kunci boleh membantu memperluas jangkauan posting anda kepada pengguna yang mengikuti atau mencari hashtags tersebut.
Trend Terkini
Kata kunci yang relevan dengan trend semasa boleh membantu posting anda mendapat perhatian lebih cepat dan meluas, manfaatkan topik yang sedang hangat. Iaitu selagi mana sesuatu perkara sedang hangat diperkatakan, anda usahakan untuk hasilkan content yang mempunyai kaitan dengan kata kunci tersebut.
Contoh Penggunaan Kata Kunci dalam Media Sosial:
Instagram : Menggunakan hashtags seperti #ResipiSambalHitam atau #KesenianMelayu untuk menarik pengguna yang berminat dengan topik tersebut.-
Facebook : Menyertakan kata kunci dalam caption, deskripsi, dan komen untuk meningkatkan kebolehjumpaan.
LinkedIn : Menggunakan kata kunci industri dalam artikel dan status update untuk menarik profesional yang berkaitan.
Dengan strategi yang betul, penggunaan kata kunci dalam posting media sosial boleh membantu meningkatkan keterlihatan, penglibatan, dan mencapai sasaran pemasaran anda dengan lebih efektif.
Kesimpulannya SEO media sosial :
Jika pemilik bisnes manfaatkan dengan penggunaan strategi SEO yang berkesan di media sosial, ia memberikan kelebihan kompetitif dengan memastikan jenama anda lebih mudah ditemui dan dikenali berbanding pesaing. Selain itu, kos juga dapat dijimatkan dengan menggunakan tricks ini.
Dengan menarik trafik organik melalui SEO media sosial, anda boleh mengurangkan kebergantungan pada iklan berbayar. Cuma ianya perlukan masa lama.
Artikel lain : Teknik Selamat Whatsapp Blast: Elak Akaun Di block
Antara contoh SEO media sosial yang berjaya saya lakukan keatas diri : Rujukan di sini
Nor Azlina Mohd Ali media sosial :