portfolio content writer website

Alhamdulillah, atas izin Allah dengan ini terciptalah satu portfolio Content Writer Website.  Kontrak sebagai Content Writer Website pada ketika itu, bersyukur kerana Allah pertemukan saya dengan klien ini. Tidak disangka-sangka, doa saya Allah angkat, pernah mengadu kepada Allah supaya diberikan job menulis secara tetap iaitu menerima job berbentuk long term. Dalam ramai-ramai klien niche kesihatan. Seorang pemilik produk mengupah saya menulis artikel di website dalam format SEO.

portfolio content writer website

Content Writer Website kerja idaman

Sebelum ini, kebanyakan klien mengupah saya menulis di website sahaja dan bukanlah secara bulanan. Sebelum ini tugasan saya hanya sebagai penulis artikel SEO sahaja. Maksudnya disini, kerja saya menulis ada serendah 5 artikel sebulan serta 10 artikel SEO dan setting SEO On Page sahaja. Kemudian, sudah siapkan artikel saya keluar sebagai admin.

Artikel lain : Cara buat pembaca menemui artikel anda di Google

Dan, apabila saya di tawarkan bagi jawatan Content Writer Website. Saya rasakan apa yang pernah dihajati sebelum ini tercapai. Berbekalkan pengalaman sedia ada yang juga memiliki website dan blog WordPress. Proses saya selaku Content Writer lancar. Ini kerana sudah biasa dengan penggunaan wordpress sertai mengenai bagaimana SEO bertindak untuk artikel di website. Pengalaman lalu, telah berjaya mencipta portfolio Content Writer

Tugasan sebagai Content Writer Website

Mesti ada tertanya-tanya kan apa tugasan sebagai Content Writer Website? 

Selain menulis artikel SEO di website klien, tugasan lain saya perlu membuat Research Keyword terlebih dahulu sebelum artikel ditulis. Sebelum itu, saya perlu tahu apa framework artikel yang mahu dirangka untuk sesuatu niche. Bila mempunyai framework , mudah untuk saya bergerak menyusun artikel-artikel yang bakal ditulis. 

Selain itu, perbincangan dan idea-idea baharu perlu diusulkan dalam meeting bersama klien. Selain klien membentangkan idea mereka, saya juga perlu menyemak kembali adakah sesuai dengan keyword yang telah diberikan atau sebaliknya. Jadi, disini kerja-kerja Research Keyword perlu dilakukan bagi pihak saya sendiri. 

Target klien adalah 30 artikel sebulan, ini bermakna telah mencipta rekod seterusnya berjaya mencipta portfolio content writer website.

Teknikal di website

Menggunakan pengalaman dan kemahiran yang sedia ada. Sejak tahun 2016, saya menguruskan blog sendiri. Yang mana, kerja-kerja penyelenggaraan blog dilakukan sendiri oleh saya. Di tahun 2020, memiliki wordpress serta berhempas pulas melakukan kerja-kerja asas seperti membetulkan error di Google Search Console. 

Error kadang datangnya daripada artikel sendiri seperti saiz gambar terlalu besar. Seterusnya penggunaan template, landing page, dan product error, layout, margin serta warna tidak sesuai digunakan pada website tersebut menjadikan search engine tidak boleh membaca coding dari web.  

Jadi, jika website klien yang saya uruskan mempunyai masalah tersebut. Saya juga perlu fix error ( jika ada masalah kecil, sebab klien juga mempunyai web developer ). Terima kasih kepada klien dan web developer sudi beri peluang kepada saya untuk mencuba. Dengan ini, terhasil lah portfolio Content Writer Website jangka pendek.

Selain mencari keyword research, menulis artikel, serta Setting SEO On Page. 

Result Content Writer Website kepada artikel?

Alhamdulillah, banyak feedback baik klien terima setelah menggunakan servis Content Writer Website. Antaranya, ialah trafik naik secara berperingkat. Ini kerana SEO pada asasnya adalah kaedah menarik trafik ke website secara organik melalui kata kunci atau keyword yang digunakan dalam penulisan artikel. Bermakna tidak menggunakan pengiklanan berbayar. Jadi, ia mengambil masa dan hasilnya memberangsangkan apabila artikel-artikel yang ditulis berada di halaman pertama Google. 

Result lain pula ialah artikel SEO yang ditulis oleh saya akan berada di halaman pertama Google. Sama ada artikel tersebut menjadi Featured Snippet mahupun berada di kedudukan pertama sehingga ke lima di barisan artikel-artikel pesaing dalam niche yang sama dengan klien. 

Testimoni pelanggan, boleh terus ke : https://azlinaghostwriter.com/servis-di-seo-ghostwriter/testimoni-pelanggan/

Kunjungi media sosial : Facebook dan LinkedIn

Selain menjadi Content Writer Website, saya juga selaku tenaga pengajar kepada penulis artikel pemula di Kelasonlineseo.com

Bagaimana bayaran Content Writer Website

Sebelum bermulanya projek penulisan, klien perlu membayar deposit terlebih dahulu kepada Content Writer. 

Bayaran dikira  per artikel. 
Servis Content Writer tidak termasuk konsultansi dan menguruskan masalah teknikal. 

Loading

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Artikel yang menggunakan format Search Engine Optimization. Azlina Ghostwriter bantu pemilik bisnes yang mempunyai website untuk tarik trafik organik melalui artikel SEO. Pemilik bisnes boleh jimatkan kos marketing dengan kaedah SEO penulisan artikel. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com