Keperluan artikel SEO dalam bisnes yang ramai tidak tahu. Sebenarnya, nak buat bakal pelanggan menemui bisnes kalian di Google selain menggunakan pengiklanan berbayar, boleh sahaja lakukan dengan penulisan artikel SEO di website . Cara begini sangat bagus untuk jangka panjang bisnes secara online. Ini kerana setiap artikel yang ditulis kekal berada di Google. Jika kalian nak tahu, bakal pelanggan yang membuat carian di Google adalah golongan pembeli yang sudah bersedia untuk buat pembelian. Jadi, peluang besar kepada pemilik bisnes yang mempunyai website. Semuanya melalui artikel SEO yang ada di website. Dalam artikel ini saya akan kongsikan 7 sebab pemilik bisnes perlukan artikel SEO di website.
Table of Contents
7 sebab pemilik bisnes perlukan artikel SEO di website
Artikel berulang
Apa yang saya perasan, klien menulis artikel yang sama sahaja. Ini kerana tiada kata kunci digunakan pada artikel tersebut. Jadi, sila elakkan menulis artikel yang sama berulang. Cara tersebut mampu membuat Search Engine keliru. Untuk elakkan artikel berulang, perlu lakukan Keyword Research juga.
Kekeringan idea
Disebabkan kekeringan idea, klien akan menulis artikel yang bercampur. Artikel terlalu pendek dan artikel ditulis seolah-olah untuk diri mereka sendiri. Jadi, mereka tidak tahu keperluan artikel SEO sebenar dalam bisnes.
Kekeringan idea kerana ketiadaan kemahiran menulis artikel SEO.
Artikel pada halaman pertama Google
Tujuan utama klien mahu munculkan artikel di website mereka pada halaman Google. Kalau boleh nak berada di Featured Snippet sehingga kedudukan ke-5 terbaik. Jadi, artikel tersebut mesti ditulis dengan kata kunci yang tepat. Iaitu artikel yang mempunyai carian ramai serta pesaingan kurang.
Kos Marketing dalam SEO
Kalau dulu, zero kos marketing menggunakan kaedah SEO ( seandainya klien yang menulis sendiri, tapi tidak sekiranya klien mengupah penulis). Jadi, dari segi kos marketing ada, cuma berkurangan tidak seperti Pengiklanan Google Ads.
Artikel berfokus
Untuk tarik pembaca ke website, artikel perlu ditulis dengan 1 masalah dengan 1 penyelesaian sahaja.
Persaingan melalui kaedah penulisan artikel SEO
Klien boleh bersaing secara sihat dengan pesaing melalui penulisan artikel SEO.
Naikkan kredibiliti dan mahu kelihatan relevan sepanjang masa
Dengan adanya banyak artikel SEO di website, brand kalian akan menonjol berbanding pesaing, kekal relevan serta dipercayai oleh bakal pelanggan. Ini kerana setiap carian di Google, bakal pelanggan akan menemui artikel dari website kalian. Ini antara keperluan artikel SEO yang ramai tidak tahu.
Dengan mengetahui keperluan artikel SEO untuk kegunaan bisnes, kalian juga dapat meningkatkan brand voice melalui penulisan artikel. Ia dapat membezakan kalian dengan pesaing.
Jangan tunggu lagi! Hubungi saya dan dapatkan nasihat dari Azlina Ghostwriter.
Terdapat banyak pilihan pakej dari serendah 5 artikel SEO, 10 artikel SEO dan 30 artikel SEO secara bulanan. Jika artikel yang mahu dipantau secara bulanan pun ada. Artikel SEO dari serendah 300 patah perkataan, 800 patah perkataan dan 1500 patah perkataan untuk kegunaan di website bisnes.
Kenapa perlu gunakan servis penulisan artikel SEO dari Azlina Ghostwriter ? saya juga pengajar dalam Kelas Basic SEO
Facebook : NOR AZLINA MOHD ALI
Whatsapp : Nak tempah artikel SEO