Ramai pemilik bisnes ada website, tapi tak tahu cara nak jadikan ia sumber trafik dan menarik pelanggan yang tepat. Tanpa strategi SEO yang betul, website kalian akan sunyi tanpa pelawat. Dengan teknik penulisan SEO yang tepat, kalian boleh ubah website supaya mampu tarik pelanggan. Servis SEO Ghostwriter ini saya bantu kalian hasilkan artikel yang bukan saja mesra Google, tapi juga mesra pembaca. Supaya mereka rasa yakin dan terus bertindak.
Servis Ghostwriter lain yang saya sediakan .
Table of Contents
Servis Menulis Artikel SEO
Servis yang disediakan ini termasuklah membuat kajian kata kunci ( Keyword Research ) , menulis artikel, dan schedule artikel di website klien.
Pilihan artikel SEO di website
- Artikel SEO 300 patah perkataan.
- Artikel SEO 800 patah perkataan.
- Artikel SEO 1500 patah perkataan.
Keyword Research
Keyword Research adalah servis saya membekal dan membuat kajian kata kunci ( Keyword Research ).
Servis ini sesuai buat pemilik website yang mempunyai staff dan faham menggunakan keyword untuk hasilkan artikel SEO.
Servis ini juga termasuk jenis artikel yang bersesuaian bersama kata kunci diberikan.
Betulkan artikel lama yang tiada dalam carian
Ramai pelanggan yang datang kepada saya, mahu delete artikel lama.
Sebenarnya, artikel tersebut masih boleh muncul di carian Google.
Artikel yang tiada Keyword
Saya akan membuat carian kata kunci sesuai dengan artikel yang ditulis.
Servis ini akan melalui proses Keyword Research.
Teknikal Website
Hampir kebanyakan pelanggan yang datang kepada saya website tidak di setup dengan baik. Jadi, servis ini penting untuk menjadikan website mudah dijumpai dan di indeks oleh Google.
Monitoring Artikel Lama
Tujuannya untuk pemantauan artikel lama dan penambah baikan artikel tersebut.
Setelah itu, report bulanan akan dikeluarkan.
Servis SEO Ghostwriter : Co- Writer Website
Pelanggan yang perlukan pembantu di website.
Job skop ini, saya akan membantu pelanggan jadikan artikel mesra SEO dan artikel mesra pembaca.
Ini kerana segelintir pelanggan mampu menulis tetapi dalam bahasa teknikal mereka. Cuma pelanggan tidak tahu jadikan Artikel SEO.
Servis Review di Blog
Servis review ini sesuai untuk pemilik website yang mahukan kepercayaan dari Google. Ia salah satu teknik Off Page SEO . Dengan ini, pemilik website akan membuat pautan artikel ke blog peribadi www.ehbelogaku.com .
Blog ini milik saya sendiri.
Antara pelanggan yang membeli tapak di blog saya terdiri dari Cafe Sejiwa , Bengkel Kereta Continental Kuantan , Kereta Sewa KK Rental dan ramai lagi.
Baca kelebihan Review bertulis di Blog .
Kelas Basic SEO
Kelas khas untuk pemilik bisnes yang mempunyai website. Mereka yang mahu staff pelajari bagaimana cara tarik trafik melalui artikel SEO.
Kesimpulan mengenai Servis SEO Ghostwriter
Servis SEO Ghostwriter yang disediakan saya bukan sahaja menulis, tapi juga faham bagaimana nak tarik trafik. Supaya dapat pelanggan yang tepat.
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali