Perasan tak, bila kita share artikel SEO dari website ke media sosial terutamanya di Facebook. Gambar pada artikel tidak muncul. Hanya permalink sahaja yang keluar. Mesti panik bukan? masa tu dah menggelupur check . Apa masalah sebenar artikel ini? jom, dalam artikel ini saya nak ajar macam mana cara nak betulkan masalah Featured Image tidak muncul.
Facebook sudah boleh menggunakan kata kunci untuk munculkan di carian Google.
Table of Contents
Kenapa Featured Image tidak muncul semasa share link ke Facebook akaun ?
Masalah Featured Image tidak muncul di media sosial Facebook kerana ia melibatkan teknikal. Ada kesalahan kecil, tapi akan menjadikan error di website sekiranya tidak di baiki segera.
Kenapa perlu Share permalink ke Page Facebook?
Saya percaya, ramai pemilik website tidak lakukan perkongsian pautan ke laman media sosial lain seperti Facebook. Sebenarnya, tidak habis disitu sahaja. Kesan positif keatas website kalian adalah dari segi Off Page SEO .
Menurut Optin monster , salah satu faktor bagi meningkatkan kedudukan website. Dengan cara berkongsi pautan artikel dari website ke halaman Facebook dan media sosial lain.
Cara munculkan kembali Featured Image di Facebook ?
Langkah-langkah yang perlu dibuat adalah dengan :
- Pergi ke Plugin Rank Math ( sekiranya korang menggunakan Rank Math ).
- Terus ke bahagian Title and Meta.
- Facebook Page Url. Masukkan Copy dan paste URL page Facebook.
- Facebook Authorship. Masukkan copy dan paste URL Facebook Personal.
- Facebook Admin. Jangan lupa masukkan juga URL akaun page sekali lagi di sini.
- Selesai dan save changes.
Nak tengok berjaya muncul atau tidak Featured Image ?
- Copy permalink artikel dari website korang terus ke posting page.
- Jika berjaya, akan keluar paparan gambar dari artikel SEO.
Kesimpulan mengenai Featured Image tidak muncul
Bukan sahaja tidak menarik perhatian pembaca untuk klik. Malah mengganggu teknikal SEO jika tidak dibaiki segera. Selepas ini, saya harap kalian jangan skip untuk membuat perkongsian ke laman sosial pula. Jangan mudah berputus asa.
Jika kalian ada masalah untuk betulkan, terus ke link di bawah .