Dulu saya tidak berkeyakinan diri. Jenis yang negatif orangnya. Jenis PENAKUT! Takut nak berhadapan dengan orang ramai. Tetapi selepas saya sendiri cuba 5 Tip PROVEN Bina keyakinan buat si PENAKUT cara sendiri, Alhamdulillah., menjadi-jadi keyakinan saya. Sales pun lebih meningkat.
Tip buat penakut yang nak bina keyakinan diri |
#1. List Kesyukuran
Senaraikan apa-apa yang kita rasa syukur hari ini. Lagi banyak kita bersyukur, lagi kita rasa tenang dan lapang dada.
Sekecil-kecil syukur, senaraikan.
Sebagai contoh : Aku bersyukur pada hari ini sihat , aku bersyukur masih mempunyai pekerjaan, dan sebagainya.
#2. Pakai Perfume
Selain si pemakai jadi wangi. Juga dapat menaikkan keyakinan diri. Kita jadi selesa dengan diri sendiri sebab berbau harum. Seterusnya, jadi bersemangat .
#3. Bercakap depan Cermin
Buatlah setiap pagi. Walau nampak macam GILA. Tapi sebenarnya ia bagus untuk membina keyakinan.
Ucapkan hal-hal yang baik kepada diri sendiri. Seperti kata-kata positif
Sebagai contoh :
I’m Digital MILLIONAIRE,
Saya seorang Ibu dan isteri Terbaik.
Saya magnet Rezeki.
Ulang 30 – 40 kali pun bagus. Lakukan setiap pagi.
#4. Setting Minda [ POSITIF sebelum,semasa dan selepas menjual] ,
Setiap kali bangun pagi, sentiasa setting minda .
Sebelum menjual :
Bahawa, mesti ada orang beli produk atau servis kita.
Jangan pernah ragu-ragu, kaitkan masalah pandemik sebab sales takde. SALAH tu!
Semasa menjual : balas whatsApp atau pertanyaan prospek dengan sehabis baik. Banyakkan berselawat. Jawab semasa mood sedang baik. Sebab, jika menjawab dalam mood tidak baik.. mood yang tidak baik itu akan turut di transfer kepada prospek.
#5. Sentiasa Positif
Bagaimana nak POSITIF?
Bertenang dulu. Bagaimana nak bertenang? Istighfarlah.. kan dah sejuk. Dah reda.
Baru jadi positif.
Bila kita POSITIF, insyallah. Banyak hal-hal baik akan menghampiri kita.
Dengan amalkan 5 tip PROVEN bina keyakinan diri cara Azlina , kita akan menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi. Bila berkeyakinan, baru mudah prospek PERCAYA.
Facebook : Nor Azlina Mohd Ali
Channel Telegram : https://t.me/azlinapenulisupahan