projek penulisan artikel seo

Projek penulisan artikel SEO berskala kecilan, tapi agak mencabar bagi saya apabila diberi kepercayaan oleh klien untuk menguruskan website beliau. Job skop saya ketika itu adalah mencari keyword untuk kegunaan penulis-penulis tamu di website beliau. Klien dalam niche parenting yang menjual barangan fokus kepada ibu bapa dan penjaga serta kegunaan sekolah. Ok, jom baca pengalaman saya sebagai penulis artikel SEO cum leader kepada penulis-penulis tamu di website klien.

Cabaran utama sebagai Penulis Artikel SEO Cum Leader Website klien

Menjadi cabaran kepada saya kerana tugasan penulis artikel SEO. Sebelum mencari keyword untuk klien , menjadi kewajipan untuk saya periksa artikel-artikel di website klien.

Setelah diperhatikan, klien mempunyai 600 artikel SEO secara keseluruhan di website.

Tapi, beliau nak lagi tambah artikel SEO.

Selaku penulis yang diupah, saya perlu memeriksa secara manual keyword yang tiada dalam website beliau. Amat sukar bagi saya ketika itu, tapi saya sukakan cabaran begini.

Setelah diperiksa, saya keluarkan keyword SEO yang masih belum di tulis dalam website klien.

Proses projek penulisan artikel SEO

Setelah saya berbincang bersama klien. Beliau bersetuju untuk 15 keyword SEO tambahan untuk artikel SEO terbaru di websitenya. Klien saya seorang yang hebat SEO, tapi disebabkan kekangan masa beliau melantik saya untuk menguruskan.

Kami berbincang melalui whatsapp sahaja. Dari pitching, bayaran dan perbincangan kata sepakat projek artikel SEO kecilan.

Keyword SEO

Kali ini, saya berurusan dengan klien yang sememangnya faham dengan SEO. Jadi, tak banyak pertanyaan dari beliau. Cuma saya sahaja perlu melalui sedikit Interview. Kenapa dan mengapa saya pilih keyword tersebut. Selesai perbincangan, proceed keyword tersebut.

Dalam projek penulisan artikel SEO ini juga, klien memberi saya akses untuk menggunkan tools berbayar mereka. Tools tersebut adalah Keysearch. Bagi saya, mana-mana tools pun ok guna. Asalkan tahu teknik rahsia tersebut.

Cum Leader kepada penulis artikel website

Skop tugasan seterusnya, saya perlu mengedarkan keyword-keyword kepada penulis tamu dalam Google Drive.

15 keyword untuk 15 orang penulis. Tapi taklah semua. Klien memberi keizinan kepada penulis tamu untuk memilih keyword mana yang mereka mahukan.

Bukan situ sahaja kerja saya tamat.

Terima kasih klien sebab sudi berikan saya peluang untuk menulis sebagai penulis tamu di website beliau.

Hanya 2 artikel SEO sahaja saya ambil menulis. Selebihnya saya serahkan kepada tamu. Saya faham, tidak mahu membolot semua. Jadi berkongsi kepada mereka yang memerlukan.

Dalam projek tersebut, klien mahukan artikel SEO 600 patah perkataan setiap satu.

Ranking artikel SEO di Google

Dengan keyword research saya lakukan. Kesemua keyword klien ranking berada pada halaman pertama Google. Masya-Allah. Tahniah juga kepada semua penulis tamu.

Ramai pemilik website inginkan artikel SEO mereka ranking, ini kerana mahukan bisnes mereka relevan dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan.

Selain itu, dengan artikel SEO kita dah tidak perlukan lagi menggunakan pengiklanan berbayar seperti Google Ads.

Bakal pembeli akan menjumpai bisnes kalian sampai bila-bila tanpa perlu pengiklanan. Dengan syarat konsisten ada artikel SEO dan kalian dah conquer kesemua keyword dalam niche bisnes kalian.

Tapi, berbeza pula dengan tekan Google Ads untuk buat orang jumpa bisnes kalian. Mana satu pilihan kalian?

Repeat servis artikel SEO

Selepas kejayaan projek tersebut, klien repeat lagi servis artikel SEO. Cumanya kali ini klien mahukan artikel menjual.

Kesimpulan : Projek penulisan artikel SEO Cum Leader Website

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan projek berskala kecil sebagai penulis artikel SEO. Cum leader di website klien. Syukur diberikan kepercayaan menguruskan website klien dengan menjadi leader penulis tamu di website juga.

Sukar pada mulanya, diakhir cerita manis yang dapat.

Bersedia untuk artikel SEO muncul di page pertama Google!

Saya bukan sekadar menulis, , saya juga merancang strategi SEO yang bantu klien capai :


1. Ranking nombor 1 untuk keyword dalam niche parenting.

2. Artikel mesra pembaca dan mesra Google.

3. Konsisten trafik organik tanpa perlukan iklan berbayar.

Pilihan terletak pada kalian. Jika serius nak bisnes relevan dan dipercayai.

Klik butang di bawah sekarang.

Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Artikel yang menggunakan format Search Engine Optimization. Azlina Ghostwriter bantu pemilik bisnes yang mempunyai website untuk tarik trafik organik melalui artikel SEO. Pemilik bisnes boleh jimatkan kos marketing dengan kaedah SEO penulisan artikel. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com