co-writer SEO

Teringat cerita tahun lepas. Masa tu 3 minggu sebelum bersalin, saya terima projek sebagai Co-Writer SEO. Saya terima projek ini, kerana penulis asal tidak yakin untuk jadikan artikel mesra SEO di website klien.

Projek itu melibatkan antara saya, penulis sebenar dan klien. Macam cerita 3 segi pula dah. Hahaha. Tapi, memang bercinta lah ceritanya. Tragis pun ada.

Klien dari niche kesihatan di bawah sebuah klinik berbayar. 

Klien beri tajuk. Tapi, mereka bab keyword tak tahu macam mana nak cari. 

Tugasan Co-Writer SEO adalah :

1. Buat Keyword Research. 

Ini penting, kerana step ini yang menentukan artikel SEO boleh dijumpai oleh bakal pelanggan.

2. Jenis Artikel SEO

Artikel yang bersesuaian dengan keyword dan tahap awareness bakal pelanggan mereka. 

3. Struktur Artikel SEO

Bukan tu jer, saya juga bantu penulis betulkan struktur artikel SEO. Sebab penulis tidak mahir dengan penggunaan keyword dalam artikel.

4. Setup Yoast SEO On Page.

Antara plugin paling mudah, tapi tak accurate. Jujur saya katakan. Tapi, kalau dah ada dalam website guna sahaja. Tapi, jika masih belum ada boleh add plugin Rank Math.

5. Teknikal plugin

Install, activated, dan setup Yoast. 

6. Teknikal di website

Install, activated dan , verify Google Search Console. 

Itulah antara pengalaman saya sebagai Co-Writer. Yang ni, saya tak menulis ( sekiranya ada kesalahan dari penulis, saya akan betulkan penulisan ). Cuma lebih kepada teknikal SEO sahaja. Lain-lain saya berikan tajuk artikel, meta description, research pesaing, dan lakukan Keyword Research

Masya-Allah.

P/s: Selain itu, saya berikan sesi mentoring kepada penulis juga untuk jayakan projek penulisan beliau. Sebab penulis tadi kurang mahir berkenaan SEO dan teknikal. Nak gunakan servis penulisan dari saya, baca artikel ini dahulu .

Kesimpulan :

  • Peranan SEO Co-Writer memainkan impak besar dalam memastikan artikel bukan sahaja untuk dibaca, tetapi dijumpai oleh pembaca yang mempunyai niat untuk membuat carian.
  • Teknik SEO seperti keyword research, struktur artikel, dan setup on-page adalah elemen kritikal yang banyak penulis dan klien terlepas pandang.
  • Projek ini membuktikan bahawa walaupun berada “di belakang tabir,” peranan teknikal adalah penggerak utama kejayaan artikel kesihatan ini.
  • Teknikal SEO di website, perlu dilakukan secara berkala. Jika tiada pantauan dan tindakan kedudukan website kalian akan terjejas. Ianya mengganggu SEO.

Jangan biar artikel kalian terus dibenam tanpa pembaca. Upah Co-Writer yang bantu kalian merangka strategi, struktur dan optimize. Artikel SEO bukan sekadar pastikan tick hijau. Tapi, artikel SEO yang mesra pembaca dan mesra enjin carian.


Facebook : Nor Azlina Mohd Ali

By azlina

SEO Ghostwriter Malaysia adalah servis penulisan Artikel yang menggunakan format Search Engine Optimization. Azlina Ghostwriter bantu pemilik bisnes yang mempunyai website untuk tarik trafik organik melalui artikel SEO. Pemilik bisnes boleh jimatkan kos marketing dengan kaedah SEO penulisan artikel. N.A Writer bersedia untuk bekerjasama. Whatsapp 018-9107161 atau Email : norazlina181@gmail.com