Bila dilantik sebagai penulis website, ramai pelanggan sangka tugasnya cuma satu. Hanya tulis artikel. Tapi realitinya, kerja penulis website jauh skop lebih luas. Terutama bila kalian upah penulis artikel yang faham strategi content di website dan SEO.
Table of Contents
Akaun Penulis: Admin atau Akaun Sendiri?
Biasanya ada dua cara klien urus akses penulis:
1. Klien cipta akaun khas untuk penulis login.
2. Penulis guna akaun admin yang sedia ada.
Secara peribadi, saya lebih selesa guna akaun admin. Sebagai penulis upahan, saya lebih suka hasil kerja dikenali, bukan identiti saya. Biar pelanggan rasa manfaatnya, saya kekal di belakang tabir.
Tapi ada juga klien yang mahu penulis muncul sebagai “author” di website mereka. Bila jumpa klien begini, saya anggap ia sebagai win-win situation. Mereka faham realiti freelancer. Masya-Allah, sama-sama cari rezeki.
Bila upah Penulis Artikel Website, apa Owner Bisnes akan dapat?
Selain artikel, servis saya sebagai Penulis Artikel Website biasanya merangkumi:
- Struktur Content website
Susun kategori, tetapkan tone penulisan, dan pastikan konsisten dengan identiti brand.
2. Laporan bulanan artikel SEO
Analisis keyword, prestasi artikel, dan cadangan penambahbaikan.
3. Penyelarasan teknikal
Pastikan artikel mesra SEO, artikel mudah dibaca, dan sesuai untuk ditemui oleh Google.
Selain itu, artikel SEO mudah ditemui oleh pembaca.
4. Cadangan Content masa depan
Berdasarkan data dan respons pembaca. Penulis boleh memberikan strategi untuk bangunkan content di website.
Kenapa Harga Berbeza?
Harga servis saya berbeza ikut skop kerja. Kalau sekadar tulis artikel, harganya lain.
Tapi bila saya bantu bangunkan content website secara menyeluruh. Termasuk laporan dan strategi. Pelaburan yang beri impak jangka panjang.
Siapa Yang Sesuai Upah Penulis Website?
- Pemilik bisnes yang nak website mereka aktif, relevan, dan mesra SEO.
- Klinik, kedai, atau servis yang nak bina kepercayaan melalui artikel SEO.
- Usahawan yang nak hasilkan artikel SEO tapi tak cukup masa atau tenaga.
Berminat nak upah penulis website?
Saya sedia bantu.
Servis Penulis Artikel Website saya sesuai untuk pemilik bisnes yang nak content website mereka bukan sekadar artikel SEO, tapi ada hala tuju bagi bisnes mereka.
Bakal pelanggan jumpa bisnes di Google tanpa pengiklanan. Dari pembaca bertukar kepada pelanggan.
Kalau kalian sedang cari penulis artikel yang bukan sekadar tahu menulis, tapi faham strategi artikel dan SEO. Kalian boleh tengok dulu dan kenali servis upah penulis website beserta testimoni .